BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 9 December 2015

Teenage Drug's

assalamualaikum dan hai. its been almost a month school holidays and im still at home, doing nothing. obviously this yr school holiday i didnt going anywhere, and my father had told me earlier that we didnt go anyway. sis pasrah lagi redha ni and sis fikir sis boleh study spnjg cuti ni. tapi............
semua itu hanya mimpi belaka.
2 minggu pertama cuti dihabiskan dengan kdrama juga movie
masuk minggu ketiga br terhegeh-hegeh nak print krja frog
dan sekarang diri ni tau je hw sejarah juga essay bi tak sentuh pun lagi apatah lagi nota pai tapi masih malas utk buat.

apalah nak jadi dengan diri aku ni weh????
next year dah nak spm, katanya nak start study awal, tapi tengoklah gaya. malas lah apa lah.
cemana nak score the best for ur spm nnti?
cemana? tell me.
mungkin antara faktor kenapa tak boleh nak study padahal kt sekolah boleh je nak study constant dr pagi sampai malam and break hanya utk mandi dan makan dan prkara yg penting adalah PHONE. sumpah kata phone ni satu benda yang penting pada awalnya. dicipta utk memudahkan perhubungan. tapi zaman pasca kemodenan ni dimana pelbagai jenis phone yg dh dinaik taraf, menjadi style canggih dan semestinya pelbagai fungsi ni memberi kesan. dengan adanya apps yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan *acewaaahhh* haha spt facebook; yang kini hanya makcik makcik yang guna, twitter; teenagers yg keyboard warriors belambak kt sini, whatsapp; apps wajib setiap phone, wechat; yang dh nak mampus tinggal dakdak batak je yg guna, instagram; tempat hipster hipster lepak dan banyak lagi. tu tak masuk lagi game lah apps dwnlod lagu lah apps edit gmbr apps itu apps ini juga apps cari jodoh pun hadooo.

so dengan adanya apps yang belambak ni yang aku pun akui aku ada semua apps yang aku mention tu, tu pasallah plan study cuti sekolah 2015 aku hancus lebur ditelan zaman juga masa fuuuuur ~~~~
kekadang aku perati je org kt tl twitter tu. ada yang jenis online tak tweet tapi dia rt je memanjang. ada yg online and kerja dia tweet bertubi tubi. ada jugak yang tak bukak dh berbulan. 6 bulan 1 tweet haaa gitueww. ada yang biasa biasa je. ada yang perangai suka tweet benda merapu yang kekadang lawak dan selalunya jijik. korang jgn tinggal kaki kaki bash kt twitter ni. mmg belambak. yang suka kacau. juga account parodi yang semuanya tweet benda yang sama. nampak sangat copy and paste hehh.  itu pasal twiter. kalau bab ws wc dengan group group yang belambak, yang sembang benda merapu. aku tau tu hahahahahahaha kekadang kita tak join pun tp masa kita habis dgn baca conversation diaorg tu kan? ngaku jelah. kalau kt ig selalunya kerja kau bukak account org lain stalk smpai gambar tahun lepas. hehehehehe bosan sangat tulah yang dibuat.

phone ni mmg buat kita rasa addictive. mcm dadah, sumpah tak tipu. cuba, cubalah sekali korang saja saja kasi phone kat mak korang suruh dia pegang sehari je sbb korang nak study 1) mak korang kata korang buang tebiat 2)kena gelak 3)kalau bgtau kt kwn kwn kena drop punya confirm 4) korang takkan mampu buat. nnti korang akan end up dengan mintak balik phone tu kt mak korang lepas buat 1 page, atau lagi teruk1 soalan takpun korang akan end up dengan tidur.

talk abt tidur, kerja aku setiap petang ialah tidur. dan bila malam aku tak tidur semalaman sebab tgk kdrama *wush teruknya aku* aku rasa cuti ni mata aku makin teruk lebam dia sebab jadual tidur tunggang langgang betul hehew.

well kekadang aku terfikir kalau aku perlu uninstall semua apps ni utk menghalang aku main phone and concentrate dgn study, tapi tak boleh sebab kalau takde benda ni cemana nk contact kekawan dan nk tau dunia luar? kan?
semoga dijauhkan dr gian nak main phone tahun depan.
aku cuma berharap tahun depan aku lebih fokus study, ikut jadual tu bebetul mcm yg aku buat time upsr dedulu. and semoga kejayaan 5 tahun lepas berulang kembali, inshaallah......



tenji igop, yuk get flying colour result for spm 2k16 !!!!!!

1 cAkAp - cAkAp:

Anonymous said...

Setuju!!"